Jumaat, 29 Ogos 2008

GAYA DAN RAMBUT

Gaya rambut berkesan iaitu feminine,romantis dan semulajadi semestinya menjadi trend terhangat masa kini.berikut ada beberapa inspirasi untuk penggayaan rambut yang boleh anda cuba atau try ketika bersantai di hujung minggu,ke pejabat atau ke kuliah.jom!!


FRENCH TWIST
 Ikat keseluruhan rambut menjadi satu ataupun di panggil tocang.Kemudian putar ke salah satu sisi bahagian belakang membentuk sanngul.kemudian sepit bahagian hujung rambut kearah dalam.Kemudian,kemaskan sanggulan.

GAYA GELOMBANG
 Gaya rambut yang paling mudah.hanya dengan membuat gelombang pada bahagian bawah rambut dengan alat curling iron yang berdiameter besar.Untuk hasil yang tahan lama,semburkan sedikit hair spray.Kemudian rapikan menggunakan jari.

GAYA SANTAI
 Pedandan Stella McCartney memilih dandanan rambut santai untuk para modelnya.Hanya dengan menuapukan voluming mousse kemudian blow secara semulajadi.Untuk merapikannya pula,beliau hanya menggunakan jari-jemarinya,tanpa sikat.

SENTUHAN GEOMETRIC
 Rambut bahagian depan diberi potongan berpenjuru dan bahagian bawah rambut pula didandan secara bergelombang.Gaya rambut sebeginisangat sesuai digayakan oleh individu yang memiliki rambut terlalu lurus.Ini adalah gaya spring/summer kerana ia memberi kesan muda,segar,ringan dan semulajadi

AKSESORI PELBAGAI
 Sebagai pemanis gaya dandanan,tambahkan aksesori seperti yang dilakukan oleh pedandan rambut terkemuka Orlando Pita sewaktu pertunjukan fesyen rangkaian pakaian berjenama lanvin.Beliau menambah hiasan rambut di kepala para model dengan aksesori penyepit rambut kupu-kupu,bunga dan kristal swarovski.