Selasa, 24 Jun 2008

Summer Camp Bulan Ogos 2008

Kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program kami. Program Summer Camp KIDs dan Summer Camp Tent.
Pelbagai faedah yang bermunafaat untuk diri remaja dan kanak-kanak.

Isi kandungan Program:-
i. Usaha mencapai kejayaan yang cemerlang.
ii. Cinta kepada Allah, Rasul, Ibubapa dan kecemerlangan
iii. Pengurusan dan disiplin
iv. Memantapkan semangat daya tahan dan daya juang
v. Gejala sosial: bagaimana menghadapinya.
vi. Usaha mencapai kejayaan yang cemerlang.
vii. Cinta kepada Allah, Rasul, Ibubapa dan kecemerlangan
viii. Pengurusan dan disiplin
ix. Memantapkan semangat daya tahan dan daya juang
x. Gejala sosial: bagaimana menghadapinya.

Program Summer Camp Kids..
Merupakan 1 program khas kepada pelajar sekolah rendah yang akan berlangsung selama 2 Hari 1 Malam bertempat di Kawasan Rekreasi Teluk Pelanduk

Jadual Aktiviti
Hari Pertama
Masa Aktiviti

08.00 AM Bertolak dari Sekolah ke Teluk Pelanduk

09.30 AM Sesi Pendaftaran Pelajar dan sekolah

- Memberi taklimat awal program
- Menempatkan kawasan perkhemahan
- Mendirikan Khemah
10.30 AM Sarapan Pagi

10.50 AM Taklimat khas
oleh Pengarah Urusan Bizreka Sdn Bhd
Laksamana Pertama DR Haji Sutarji Haji Kasmin

11.10 PM Sesi Sual kenal Fasilitator dan pelajar

11.30 PM Aktiviti 1- Ice Breaking

01.00 PM Makan Tengah hari dan Solat Zohor berjemaah

02.00 PM Aktiviti 2 - Berkumpulan
- Merangka kerja untuk sesi Malam Kebudayaan
- Meningkatkan kreativiti pelajar

04.00 PM Minum petang & Solat Asar berjemaah

04.30 PM Sesi beriadah dan jalan-jalan petang

06.00 PM Bersihkan diri

06.30 PM Makan Malam

07.15 PM Solat Maghrib berjemaah dan Kuliyah Maghrib

08.45 PM Aktiviti 3. Study Skill oleh Penceramah Jemputan

10.45 PM Aktiviti 4. ‘Malam Kebudayaan’

11.45 PM Minuman Ringan

12.15 PM Pelayan Sepi

Hari Kedua
Masa Program

06.00 AM Bersihkan diri. Solat Suboh Berjemaah. Kuliyah Suboh.

07.00 AM Aktiviti 5 - Morning Exercise. Chicken Dance dan
Poco-poco.
08.00 AM Sarapan Pagi

08.30 AM Aktiviti 6 - Taklimat ‘War Game’

09.00 AM Perang Bermula !

11.00 AM Bersihkan diri. Buka khemah dan berkemas untuk
pulang.

12.00 PM Makan Tengahari.

12.30 PM Majlis Penutup SUMMER CAMP KIDS Siri 1 / 2008.
Penyampaian sijil penyertaan. Sessi bergambar.

02.00 PM Selamat Jalan, adik-adik !!! Jumpa lagi


Program Summer Camp Tent

Merupakan satu program khas untuk remaja bagi mewujudkan jati diri dan keyakinan diri yang tinggi kepada pelajar. Program ini akan brlangsung selama 3 Hari 2 Malam.

Jadual Aktiviti
Hari Pertama
Masa Aktiviti

08.00 AM Pendaftaran

09.00 AM Taklimat “SUMMER CAMP”

09.30 AM Motivasi & amanat
- Oleh: DR Haji Sutarji Haji Kasmin

11.00 AM Majlis Suai kenal
- Pasang Khemah

12.45 PM Makan Tengahari

01.30 PM Solat Zohor Berjemaah
- Renungan "Kecemerlangan: Budaya SummerCamp"

02.30 PM Motivasi 1
- "Prinsip Lima Cinta"

04.00 PM Minum Petang
04.30 PM Solat Asar Berjemaah
- Renungan "Disiplin Pelajar Cemerlang"

05.00 PM Aktiviti Lasak

06.30 PM Makan Malam

07.00 PM Solat Maghrib Berjemaah
- Renungan Maghrib
- "Cinta Allah Dan Rasul"

08.30 PM Solat Isyak Berjemaah

09.00 PM Aktiviti Malam
- Renungan Malam

11.30 PM Minum Malam
- Rehat Dan Pelayan Sepi

Hari Kedua
Masa Aktiviti

5.30 AM Solat Subuh Berjemaah
- KULIAH SUBUH "Cinta Kepada Ibubapa"

08.00 AM Sarapan Pagi

09.00 AM Senaman

10.30 AM Minum Pagi

11.00 PM AKTIVITI LASAK 2

12.45 PM Makan Tengahari

01.30 PM Solat Zohor Berjemaah
- Renungan "Menyemai Kecintaan Kepada Pelajaran"

02.00 PM Latihan Ketrampilan Diri "Prinsip Lima Cinta"

04.00 PM Minum Petang

04.30 PM Solat Asar Berjemaah
- Renungan "Membentuk Tumpuan Terhadap Aktiviti
Pengajian"

05.00 PM Persembahan Mengikut Kumpulan

06.30 PM Makan Malam

07.00 PM Solat Maghrib Berjemaah
- Renungan "Teknik Belajar ‘Top Students'"

08.30 PM Solat Isyak Berjemaah

09.00 PM Minum Malam
- Solat sunat Taubat & Hajat

11.30 PM Istirehat dan pelayan sepi

Hari Ketiga
Masa Aktiviti

5.30 AM Solat Subuh Berjemaah
- KULIAH SUBUH
- "Gejala Sosial: Bagaimana Menghadapinya?"

07.00 AM Senaman Pagi

08.00 AM Persiapan diri

10.30 AM Minum Pagi

11.00 AM Pengisian Borang Azam

12.00 PM Latihan Acara Penutup dan buka khemah

01.00 PM Makan Tengahari

01.30 PM Solat Zohor Berjemaah

02.30 PM Majlis Penutup
- Amanat Penutupan
- Persembahan Peserta
- Pengumuman Pemenang
- Penyampaian Hadiah
- Bacaan Ikrar Aku Janji untuk diri sendiri
- Doa

04.30 PM Bersurai

Sabtu, 21 Jun 2008

Insan Makhluk Cemerlang

Pada dasarnya, semua manusia yang dijadikan Allah SWT adalah cemerlang. Bagaimana mengenal kecemerlagan diri, merupakan tugas dan tanggngjawab setiap orang. Lebih berjaya seseorang itu mengenal dirinya, lebih tinggilah tahap kecemerlangan yang digarapnya. Sebaliknya, jika seseorang itu kurang mengenal dirinya, maka lebih rendah tahap kecemerlangan yang dinikmatinya.

Dengan demikian, tahap kecemerlangan diri antara manusia tidak sama, ia bergantung kepada daya kenal dirinya dan bagaimanakah dia memanfaat atau menggunakan bakat dan pengetahuan yang ada pada dirinya.

Kecemerlangan diri ini sama dengan kehebatan diri. Jika seseorang dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh seseorang yang lain, maka orang itu dianggap mempunyai kecemerlangan diri.

Bagaimanakah anda ingin mencapai kecemerlangan?
Terdapat 20 perkara untuk mencapai kecemerlangan diri..

  1. Patuh kepada arahan
  2. Suka bertanya
  3. Teliti
  4. Kreatif
  5. Rajin
  6. Patuh pada masa
  7. Amanah
  8. Bermatlamat
  9. Bersih
  10. Hormat ada orang lain
  11. Bertaqwa
  12. Penyayang
  13. Pemurah
  14. Bijaksana
  15. Penyabar
  16. Suka bersaing
  17. Berani
  18. Jujur
  19. Rajin membaca
  20. Bersyukur